Tokoh


Tokoh Sasterawan Negara


                                               


Keris Mas atau nama sebenarnya Kamaluddin Muhamad. Lahir pada 10 Jun 1922 di Ketari, Bentong. Beliau merupakan tokoh kesusasteraan pertama yang dianugerahi gelaran Sasterawan Negara pada 26 April 1981 di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen. Beliau telah dipilih oleh Urusetia Panel Anugerah Sastera Negara berdasarkan kepada kewibawaan beliau dalam bidang kesusteraan tanah air terutamanya dalam bidang penulisan cerpen.

Sumbangan utama beliau ialah dalam lapangan cerpen sajak 1946. Karyanya dimuatkan dalam antologi seperti Mekar dan Segar (1959), dan Dua Zaman (1963). Beliau turut menghasilkan novel. Antaranya, Rimba Harapan (1985), dan Anak Titiwangsa (1967).

Saya terinspirasi dengan beliau kerana semangat memperjuangkan masyarakat dan kesungguhan dalam karyanya. Beliau meninggal dunia pada 9 Mac 1992 pada usianya 69 tahun di Hospital Besar, Kuala Lumpur.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menyertai Bengkel Proses Kreatif Karya Terpilih Bersiri

Pengalaman Kanak-Kanak dan Remaja

PENGALAMAN KELAS BBK3410: PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF