Pengalaman Menyertai Bengkel Proses Kreatif Karya Terpilih Bersiri



Pengalaman Menyertai Bengkel Proses Kreatif Karya Terpilih Bersiri

Pengalaman saya menyertai bengkel proses kreatif karya terpilih bersiri amat seronok dan banyak pengalaman yang saya dapat dari setiap penulis. Bengkel ini dikendalikan oleh pelajar BBK3411 bagi subjek Penulisan Kreatif dan bekerjasama dengan pelajar BBK3410 bagi subjek Penglahiran Bakat Kreatif. Bengkel ini merupakan bengkel bersiri dan masih dijalankan sehingga Julai 2026. Bengkel ini dapat membuka ruang kepada Kelab Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR) untuk terlibat secara langsung dalam pendidikan kesusasteraan kebangsaan di Institusi Pengajian Tinggi Awam serta memperkenalkan karya mereka kepada pelajar. Melalui pertemuan bersemuka dengan pengkarya, saya memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang penulisan kreatif dan proses penciptaan karya. Usaha ini sekali gus dapat memupuk minat serta kecintaan pelajar terhadap subjek dan kursus.

Pada 9 Januari 2026 jatuh pada hari Jumaat, penulis pertama yang hadir untuk memberi ceramah bagi program ini iaitu Puan Salina Binti Ibrahim. Terdapat beberapa karya Puan Salina Binti Ibrahim. Antaranya, “Demi Tanah Qalha”, “Diva Kampung”, “Bukan yang Pertama”, “Kirana”, “Setenang Cahaya Hati”, dan banyak lagi. Banyak maklumat yang saya peroleh selepas mendengar ceramah Puan Salina Binti Ibrahim. 

     
 
Pada 16 Januari 2026 jatuh pada hari Jumaat, Encik Muhammad Lutfi Ishak merupakan penceramah kedua yang hadir untuk memberi ceramah. Terdapat beberapa karya Encik Muhammad Lutfi Ishak terutamanya novel dan puisi. Antaranya, “Cerita Malam Pertama”, “Kumpulan Puisi Dondang Pembukaan”, “Senandika Nyanyi Sunyi Sepanjang Jalan”, “Karya Sasterawan 2011” dan sebanaginya. Banyak pengalaman yang saya dapat setelah mendengar ceramah Encik Muhamamad Lutfi Ishak.


  

Pada 23 Januari 2026 jatuh pada hari Jumaat, ini merupakan program terakhir yang saya akan menyertai kerana sudah ke penghujung semester 4 sebelum saya naik ke semester 5. Kali ini penceramah bernama Encik Muziru Idham Bin Adnan. Encik Muziru Idham Bin Adnan lebih kepada bidang esei, puisi, dan ulasan. Antara karya beliau “Mencari Tuhan”, “Membakar Sastera”, “Kumpulan Puisi Kuleburkan Aksara menjadi Semisal Cahaya” dan banyak lagi. Banayk ilmu yang saya peroleh setelah mendengar ceramah Encik Muziru Idham Bin Adnan. 

Saya akan merindui program ini di masa akan datang. Banyak perkara yang saya pelajar dari ketiga-tiga penceramah ini. Saya berharap, di masa akan datang saya masih dapat menyertai program ini lagi.  



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Kanak-Kanak dan Remaja

PENGALAMAN KELAS BBK3410: PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF