PENGALAMAN KELAS BBK3410: PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF
Pengalaman Kelas BBK3410: Penglahiran Bakat Kreatif

Pada 7 November 2025 bersamaan hari Jumaat merupakan hari yang paling bermakna buat saya kerana permulaan kelas bagi subjek BBK 3410 Penglahiran Bakat Kreatif bersama dengan Dr. Kamariah Kamaruddin. Banyak benda yang saya belajar dalam kelas Dr. Kamariah. Saya juga dapat mengetahui bahawa Dr. Kamariah telah banyak menerbitkan buku-buku. Antaranya, "Memoir Rimbunan Cinta Bonda", "Sebuah Syakirah", "Tatarias Islam Dalam Karya Sastera Melayu", serta "Teori dan Kritikan Sastera Penilaian dan Wacana". Bangganya saya terhadap Dr. Kamariah setelah berliau menyebut nama-nama buku beliau. Suatu hari nanti, saya ingin menjadi penerbit buku dan penulis buku seperti Dr. Kamariah.
Comments
Post a Comment