Pengalaman Kanak-Kanak dan Remaja

Pengalaman Kanak-Kanak dan Remaja 


Saya masih ingat zaman kanak-kanak saya yang dipenuhi dengan kenangan indah bersama keluarga. Setiap hari selepas pulang dari sekolah, atuk dan wan setia menunggu saya di rumah. Kehadiran mereka memberi rasa selamat dan kasih sayang yang sukar digambarkan, seolah-olah penat seharian di sekolah terubat dengan senyuman dan sapaan mereka. Pengalaman ini masih segar dalam minda saya sehingga sekarang.

Apabila berkelapangan, saya gemar meluangkan masa bermain badminton. Aktiviti ini bukan sahaja memenuhi masa lapang, malah mengajar saya erti disiplin, kerjasama dan gaya hidup sihat sejak kecil. Ketika hujung minggu pula, rumah kami sering menjadi tempat berkumpul kerana abang sepupu akan mengadakan kelas tuisyen. Walaupun pada awalnya terasa seperti rutin biasa, suasana pembelajaran bersama ahli keluarga sebenarnya banyak membantu saya dalam pelajaran.

Pengalaman-pengalaman inilah yang mencorakkan perjalanan hidup saya dari zaman kanak-kanak hingga remaja, penuh dengan kasih sayang keluarga, aktiviti bermanfaat dan kenangan yang tidak ternilai.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menyertai Bengkel Proses Kreatif Karya Terpilih Bersiri

PENGALAMAN KELAS BBK3410: PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF