Posts

Showing posts from November, 2025

Filem atau Drama

Image
 Filem atau Drama Drama dan filem masa kini semakin mendapat perhatian masyarakat, terutamanya dalam kalangan remaja. Namun begitu, kandungan sesetengah drama atau filem didapati memaparkan unsur negatif seperti keganasan, bahasa kasar dan gaya hidup tidak sihat. Pendedahan berterusan terhadap kandungan sebegini boleh mempengaruhi pemikiran serta tingkah laku penonton, terutamanya golongan muda yang masih dalam proses pembentukan jati diri. Selain itu, terdapat juga isu kecenderungan penonton menghabiskan terlalu banyak masa menonton drama atau filem sehingga mengabaikan tanggungjawab harian. Ketagihan menonton boleh menyebabkan pelajar kurang memberi tumpuan terhadap pelajaran dan mengurangkan interaksi sosial secara bersemuka. Oleh itu, pemilihan kandungan yang berfaedah serta pengawalan masa tontonan amat penting agar drama dan filem berfungsi sebagai medium hiburan yang mendidik, bukannya membawa kesan negatif.

Gajet Berbahaya

Image
Gajet Berbahaya Pada era digital ini, gajet seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian manusia. Gajet memudahkan komunikasi, pembelajaran dan urusan kerja. Namun begitu, penggunaan gajet secara berlebihan tanpa kawalan boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk yang sering dipandang ringan oleh masyarakat. Salah satu kesan utama gajet ialah kesan terhadap kesihatan fizikal. Penggunaan gajet dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan masalah mata seperti mata kering dan keletihan penglihatan. Selain itu, postur badan yang salah ketika menggunakan gajet juga boleh mengakibatkan sakit leher, bahu dan tulang belakang. Kurang pergerakan akibat terlalu lama menatap skrin turut meningkatkan risiko obesiti. Selain daripada kesihatan fizikal, gajet juga memberi kesan negatif terhadap kesihatan mental. Ketagihan gajet boleh menyebabkan seseorang menjadi mudah cemas, kurang fokus dan sukar mengawal emosi. Golongan remaja khususnya beris...

Kritikan Tentang Satu Buku Sastera

Image
  Kritikan Buku Sastera: Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad Novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad merupakan sebuah karya sastera yang sarat dengan nilai kemanusiaan dan realiti kehidupan masyarakat desa. Kekuatan utama novel ini terletak pada pengolahan tema kemiskinan dan ketabahan hidup yang digarap secara jujur dan mendalam. Watak Lahuma dan Jeha digambarkan dengan realistik sehingga pembaca dapat merasai penderitaan, keperitan dan perjuangan mereka dalam menghadapi cabaran hidup sebagai petani. Dari segi gaya bahasa, pengarang menggunakan bahasa yang sederhana tetapi berkesan dalam menyampaikan emosi dan suasana. Penggunaan dialek serta deskripsi alam yang terperinci berjaya menghidupkan latar cerita dan menambah nilai estetika karya. Namun begitu, terdapat bahagian cerita yang bergerak agak perlahan kerana pengulangan konflik yang hampir sama, yang mungkin menyebabkan sesetengah pembaca berasa jemu. Mesej yang ingin disampaikan dalam novel ini sangat j...

PENGALAMAN KELAS BBK3410: PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF

Image
Pengalaman Kelas BBK3410: Penglahiran Bakat Kreatif  Pada 7 November 2025 bersamaan hari Jumaat merupakan hari yang paling bermakna buat saya kerana permulaan kelas bagi subjek BBK 3410 Penglahiran Bakat Kreatif bersama dengan Dr. Kamariah Kamaruddin. Banyak benda yang saya belajar dalam kelas Dr. Kamariah. Saya juga dapat mengetahui bahawa Dr. Kamariah telah banyak menerbitkan buku-buku. Antaranya, "Memoir Rimbunan Cinta Bonda", "Sebuah Syakirah", "Tatarias Islam Dalam Karya Sastera Melayu", serta "Teori dan Kritikan Sastera Penilaian dan Wacana". Bangganya saya terhadap Dr. Kamariah setelah berliau menyebut nama-nama buku beliau. Suatu hari nanti, saya ingin menjadi penerbit buku dan penulis buku seperti Dr. Kamariah.